Saturday 19 December 2015

CERPEN: HELLO, CINTA! (1)



If you're brave enough to say goodbye, life will reward you with a new hello. 
 ~Paulo Coelho

"Are you sure, Ref?"

"Kau tak nampak apa aku buat sekarang ni ke?" tangan kanannya pantas memasukkan beberapa frame gambar ke dalam plastik hitam yang berada di tangan kirinya.

"Betul kau nak move on?"

"It is time for me to move on. Kau juga yang nasihat aku kan?"

"This is good man. No, this is great! Kuala Lumpur, nantikan kemunculan kasanova terbaru, Zarief Adwa. Woo hooo!"

Pap! Tangan pantas menepuk kepala Sharul yang tiba-tiba menjerit di dalam pejabatnya. "Gila! Dengar staff aku, malu tau!"

"Zouk tonight?"

"Sorry, I've to pass."

"Oh, come on Ref! Kata dah move on."

"And move forward, friend."

Dahi Sharul berkerut. Tak faham dengan kata-kata yang keluar dari mulut sahabatnya. Move forward? Apa maksud Zarief?

"Maksud kau?"

Plastik hitam di tangan diikatnya ketat-ketat. Done! No more Alana! Memori bersama gadis itu harus dipadamkan terus. Biarlah. Masing-masing harus teruskan hidup dengan apa yang ada sekarang ini. 

Bibir menguntum senyum, "Look Sharul. Aku rasa semua yang berlaku ni ada hikmahnya. Kau tahukan sejak aku putus dengan Alana, mana aku jejak lagi ke kelab-kelab yang ada."

Kononnya nak jauhkan diri daripada memori bersama Alana. Tapi, sebenarnya jauh di sudut hati, dia takut tak mampu menahan rasa andainya terserempak kembali dengan gadis pujaannya itu bersama lelaki lain. Jadi, dia ambil keputusan untuk menjauhkan diri dari tempat-tempat begitu.

"Wooo... I sense Imam Muda in the house."

Dia ketawa besar, "Bengong kau!"

"Seriously Ref? Kecewalah awek-awek yang menagih cinta kau selama ni."

"Rupa aku yang dia orang kejar, kut."

Sharul ketawa sambil menggelengkan kepalanya, "Poket dan rupa kau."

"Berpijak di bumilah, kawan." Yang ada duit dan rupa itu, Sharul. Dia sekadar punya rupa dan ada kerjaya yang bagus.

"Honestly, perempuan sekarang ni memang cari lelaki macam kau. Macam aku. Macam kita..."

"And Alana tak sebab tu dia tinggalkan aku?"

"Nope. Alana lagi hebat."

"Maksud kau?"

"Kau buta ke pekak ke apa, Ref? Alana dah kahwin dengan business tycoon last two weeks."

Mata dia membulat besar mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Sharul. Kenapa dia tak tahu? Mungkin betul kata Sharul, dia buta dan pekak agaknya. 

"Wait," Sharul mengangkat tangannya.

Dahi Zarief berkerut. Kenapa pula ni? Sharul mendekatinya.

"So, all this action and decision... tak ada kena mengena dengan berita Alana dah kahwin?"

Laa... dia tak tahu pun yang Alana dah kahwin, jadi macam mana keputusan yang dia ambil ni ada kaitan dengan Alana? Dia ambil tindakan ni sebab dia rasa dah sampai masanya dia lupakan semua tentang gadis itu. Dah lebih setahun pun sebenarnya dia dan Alana dah terputus hubungan.

"Wow!" ujar Sharul sambil menghembuskan nafas. "I am impress!"

"You should my friend!" balasnya yakin.

"Okay then, lunch is on me! Dah jom gerak. Perut aku dah berkeroncong tunggu kau kemas. Macam perempuan."

Dia ketawa lepas. Sharul dan komennya. Mulut kawannya ni memang selalu lepas. Tapi, dia tahu Sharul merupakan sahabat terbaiknya. Sharul selalu ada saat dia perlukan khidmat nasihat dan bantuan. Sahabatnya itu tak pernah menghampakan dia.




What is the opposite of two? A lonely me, a lonely you. 
 ~Richard Wilbur

Jam di tangan diperhatikan. Hampir 15 minit dia menunggu, namun orang yang ditunggu langsung tak nampak bayang. Dia mengeluh perlahan. Selalu sangat macam ni. Nasib baik client, jadi dia ikutkan sahaja rentak mereka.

"Fiy..." Dia menoleh. Liur ditelan. Nasib baik dia tak tersedak kopi. Dalam ramai-ramai orang, kenapa mesti bertembung dengan mamat ni.

Punyalah elak. Sampaikan semua majlis yang melibatkan keluarga mereka, dia cari peluang untuk tidak turut serta. Bukan apa, dia masih malu sebenarnya sebab dulu dia terlebih berani menyatakan perasaan sukanya terhadap lelaki di hadapannya ini.

Biarpun perkara itu telah bertahun-tahun berlalu. Tapi, dia masih belum punya kekuatan untuk berhadapan dengan lelaki ini.

"Arief..." Nafas ditarik dalam-dalam. Haruman lelaki itu menyapa deria baunya. Mandi minyak wangi ke apa mamat ni? Wangi sangat!

"Tunggu siapa? Lama betul tak jumpa, kan?" 

"Hurmm, emmm... client," ujarnya dengan tergagap.

Entah kenapa ayat-ayat yang selalunya laju meluncur keluar dari mulutnya bagaikan tersekat di kerongkong. Haih, kalau berdepan dengan Zarief Adwa dalam keadaan tak bersedia, memang macam inilah jadinya.

"Oh, okey. Baru ingat nak catch up story. Dengar cerita sekarang ni photographer ye?"

Dia senyum dan angguk, "Nak tempah untuk wedding ke?"

Zarief sengih, "Boleh juga. Tapi, tak tahu tarikhnya bila lagi."

Dia telan air liur. Oh, Zarief dah ada calon pilihan sendiri. Hmm, tak apalah. Dia cuba menyedapkan hati sendiri.

"Okeylah tu kalau dah ada calon..." ujarnya sambil ketawa kecil.

 Zarief senyum sambil tangannya diseluk ke dalam poket seluar, "Masalahnya calon pun tak ada." 

Hah?! Kejap. Apa dia cakap? Calon tak ada? Maksudnya, dia solo? Single and available? Biar betul mamat ni?

"Dah setahun sandang title solo. Itulah, kalau Fiy ada masa majlis perjumpaan keluarga kita kan..." 

"Fiy sibuk. Banyak tempahan," potongnya pantas.

"Atau, Fiy larikan diri dari Arief?"

Err... dia kembali menelan air liur. Haih, kenapa tepat betul dia teka. "Taklah. Fiy betul-betul sibuk. Kebetulan pula tarikh-tarikh perjumpaan tu semua Fiy ada majlis dan macam-macam lagilah..." 

"Anis..."

Dia menoleh sebaik terdengar namanya dipanggil seseorang. Raziq berdiri betul-betul di sebelahnya. Client dia yang seorang ini, memang macam ni. Riak wajah Zarief kelihatan berubah sedikit sebaik melihat kedudukan Raziq yang begitu rapat dengannya.

"Raziq," lelaki itu menghulur tangan pada Zarief.

Zarief menyambutnya dengan senyuman, "Zarief. Okeylah. I better make a move. Tak nak kacau kau orang."

"Nice meeting you," ujar Raziq sekadar berbahasa.

"Nice meeting you too. Jumpa lagi, Fiy. Harapnya lepas ni Fiy dah tak larikan diri lagi ya? Assalammualaikum."

Dia senyun dan salam Zarief disambut dalam hati. Pandangan dihalakan pada susuk tubuh lelaki itu hingga menghilang. Tanpa sedar dia melepaskan keluhan perlahan.

"Macam ada apa-apa je?" tegur Raziq.

Cepat-cepat dia menjauhkan diri dari lelaki itu. Haih... mamat ni, dah nak kahwin pun masih nak test market lagi. Kalau dia tahu, tak hingin dia ambil job ni. Tapi, memikirkan pujukan tunang lelaki itu yang bersungguh-sungguh, akhirnya dia mengalah dan terima juga. 

"Ziana mana?" soalnya tegas.

"Ladies. So, he's the one yang buat kita putus dulu?"

"Cerita lama, Raziq. You pun dah nak kahwin dengan Ziana dan kita putus bukan sebab dia. Kita putus sebab you tu cemburu buta!" Tempelaknya.

"You tahu I sayang gila dekat you, kan? I cemburu sebab I takut kehilangan you."

Gila mamat ni! Konsep mana lelaki ini gunakan pun dia tak faham.

"Anis... I masih cintakan you..." Raziq cuba untuk meraih tangannya yang berada di atas meja. 

Melampau!

"Stop it, Raziq! Kalau you nak I jadi your wedding photographer, then stop all these crap! Kalau tak, cari je orang lain..." pantas dia berdiri.

"Cik Anis... nak pergi mana?" tiba-tiba terasa tangannya ditahan seseorang.

Dia menoleh. Ziana dengan wajah pelik dan dahi berkerut. Pelik barangkali dengan situasi yang berlaku antara jurugambar pilihannya dan tunangannya.

"Abang! Apa ni? Penat Zi pujuk Cik Anis untuk bersetuju tau tak?! Zi tak kira, Zi nak Cik Anis jadi jurugambar kita untuk majlis nanti," bentak Ziana.

"Macam inilah Cik Ziana, saya suruh partner saya ajelah yang datang dan berbincang."

"No. Saya suka hasil kerja Cik Anis dan saya nak Cik Anis yang merakamkan momen bersejarah dalam hidup saya. Abang!" Pantas Ziana menoleh ke arah Raziq dan mencegilkan matanya.

"Err, aaa... Cik Anis, saya minta maaf. Kita duduk dan berbincang dulu..."

Dia pandang wajah Raziq. Bahasa mata lelaki itu seperti merayunya bersungguh-sungguh. Dia melepaskan dengusan perlahan dan akhirnya kembali duduk.




If you wait to do everything until you're sure it's right, you'll probably never do much of anything. ~Win Borden

Potret dua orang kanak-kanak berlainan jantina diperhatikan untuk kesekian kalinya. Tangan kanan kanak-kanak lelaki memegang pipi kanak-kanak perempuan. Manakala tangan kiri kanak-kanak lelaki bertaut dengan tangan kanan kanak-kanak perempuan. Ah, indah!

Dia dekatkan potret tersebut rapat ke dada. Alangkah indahnya kalau dia mampu menghentikan waktu dan saat ketika potret ini di ambil. Dia mahu rasakan perasaannya kembali ketika ini. Tapi, waktu itu, ketika zaman kanak-kanak... apalah yang mereka tahu. 

"Fiy..." panggil satu suara lembut. Serentak itu pintu biliknya ditolak perlahan.

Cepat-cepat dia sorokkan satu-satunya gambar yang dia curi simpan dalam koleksi peribadinya ke dalam kotak kayu di sisinya. Pantas kotak kayu itu disorong ke bawah bantal. Telefon bimbit di sebelah kanannya di angkat pantas.

"Fiy dah nak tidur ke?" soal Puan Safiyyah lembut.

"Belum ma, tengah tengok schedule. Esok ada outdoor photoshoot dekat Putrajaya."

"Sibuk sangat ke minggu ni?"

"Hmmm..." dia teragak-agak mahu menjawab. Bimbang terperangkap sebenarnya.

Mata masih tetap pada skrin. Jumaat malam masih belum terisi. Begitu juga dengan Ahad malam. Kalendarnya masih kosong.

"Umi dah tanya Fiy. Rindu sebab lama tak jumpa," ujar Puan Safiyyah sambil mengusap rambut panjang anak gadisnya.

"Tak sure lagilah, ma. Fiy tak boleh janji. Tapi, tak pe nanti kalau Fiy senang, Fiy singgah rumah umi dengan abah macam selalu," pujuknya lembut.

Selalu juga dia ke rumah Puan Adawiyah dan Encik Zaki ketika Zarief tiada di rumah. Dia lebih senang begitu. Lagipun, kerjanya bukan terikat dekat waktu 8 pagi hingga 5 petang macam Zarief tu. 

"Ma nak komplen sikit boleh?"

Dia tertawa kecil. Puan Safiyyah ni macam-macam betul. Nak komplen pun minta izin dulu. Comel! 

"Apa dia, ma?" dia meletakkan telefon bimbitnya di atas tilam. Tumpuan diberikan sepenuhnya pada Puan Safiyyah.

"Fiy ni sejak Arief selalu join our family gathering, Fiy selalu cari alasan tak nak ikut kami. Pa pun perasan. Umi dengan abah pun sama, kenapa ya? Fiy gaduh dengan Arief?" soalan Puan Safiyyah membuatkan dia menelan liur.

Gaduh? Errr... gaduh apa kalau tak pernah berjumpa sejak Arief balik dari Jepun dua tahun lalu. Eh, kejap. Pembetulan, baru terserempak sekali beberapa hari lepas. Itu pun secara tak sengaja. 

"Fiy..."

"Ha... taklah ma. Fiy dengan Arief okey je. Ma tahukan, Fiy, Nani dan Eddy baru aje set up company and studio. It is a very tidious and hectic process, ma. Masa kami banyak habis dekat sana."

Bukan mudah nak bersaing dengan syarikat-syarikat sedia ada dan yang telah ada jenama tersendiri. Apatah lagi dengan budak-budak baru belajar pegang kamera, tapi dah berani tawarkan perkhidmatan dengan harga yang boleh membunuh industri. Kalau tak kuat dan ada identiti tersendiri, memang boleh lingkup. Mujurlah Nani tu banyak idea yang boleh menyumbang kepada pendapatan syarikat. 

"Tapi, Eddy dengan Nani boleh aje ikut ma dan pa ke rumah umi dan abah..."

Erkkk! Silap sendiri. Perangkap diri. Eddy tu adik kandungnya. Nani tu pula, tunang Eddy. Aduhai. Nak kona macam mana lagi ya? 

"Kalau Fiy ikut sekali, siapa nak lead masa majlis client tu nanti?"

Puan Safiyyah mengangguk. Fuhhh, nasib baik! Nasiblah akal dia panjang.

"Kalau macam tu, hari Jumaat malam tak ada event kan? Fiy jangan ke mana-mana ya? Umi dan abah anak beranak nak datang rumah. Bulan ni giliran rumah kita. Fiy tolong ma tau?"

Dia telan air liur untuk kesekian kalinya, "Tapi, ma..."

"Anis Wafiyyah..."

"Ya, ma."

"Good girl. Oh, by the way... Eddy kata, dia nak tangguhkan majlis dia dengan Nani selagi Fiy tak kahwin. Lagipun, dia orang kesian dengan Fiy nak manage company and studio tu seorang diri." 

Apakah? Dia terpinga sendiri.

"Good night, sayang. Sweet dream!" ujar Puan Safiyyah dengan satu ciuman hinggap didahinya dan terus berlalu keluar dari bilik.

Eddy ni memang nak kena ni! Sengaja betul bagi alasan macam tu. Apa kes tak nak kahwin selagi dia tak kahwin. Habis kalau dia nak membujang sampai tua, Eddy pun sama ke? Kesian Nani... berapa lama lagi nak tunggu Eddy?

* * * bersambung * * *

Sudi-sudikanlah untuk tinggalkan mesej ya?
Terima kasih daun keladi.
Esok-esok datang lagi.