Thursday 19 March 2015

Teaser #1 - Awak, Jom Cinta Sampai Syurga!


Mata meliar memandang keliling. Aduhai, ada ajelah jualan murah yang menarik minat aku. Ish, tak boleh jadi ni! Baik fokus aje untuk kembali ke Sweet Chat dan makan bersama mama.

Nanti-nanti lepas makan kalau ada masa, boleh ajak mama singgah untuk window shopping di sini. Kalau ada yang berkenan, sambar ajelah. Tentu mama tak keberatan untuk belikan apa-apa untuk aku.

Sebaik memalingkan tubuhku ke hadapan, entah macam mana aku seperti terlanggar tubuh seseorang. Tahu-tahu aku sudah seperti sedang elok sahaja berada dalam dakapannya. Haruman minyak wangi lelaki serta-merta menusuk ke deria bauku.

“Aku cari yang macam inilah. Fit perfectly in my arms,” suara garau itu menyapa gegendang telingaku.

Gemersik suaranya di tambah dengan haruman yang dia gunakan, membuai rasa hati aku. Membuat aku melayang entah ke mana. Kenapalah bau minyak wangi yang digunakan oleh mamat ni sedap sangat ya?

“Dah-dahlah tu. Lepaskan anak dara orang tu. Entah-entah bini orang. Mati kau kena debik nanti,” suara kedua kedengaran menyapa dan mengembalikan aku kembali ke alam realiti.

Cepat-cepat aku berdehem siap pamer wajah marah dan tak puas hati pada lelaki yang memeluk aku sekarang ini. Macam tak mahu lepas aje. Haila… sedap aje dia peluk anak dara orang, lepas tu kawan dia siap cakap aku ni bini orang. Eh, melampau!

Lelaki yang memeluk tubuhku terus sahaja melepaskan pelukannya yang melingkar di tubuhku sebaik terperasankan riak wajahku. Amboi, ambil kesempatan betul lelaki ini! Mahu aje aku pijak kaki dia sekarang ini.

Sorry. I didn’t mean anything,” ujarnya sambil mengangkat kedua-dua belah tangannya seperti orang tidak bersalah.

Lelaki itu tersenyum hingga nampak lesung pipit di kedua-dua belah pipinya. Alahai, manisnya wajah! Geram pula aku tengok. Manis sangat-sangat, macam madu lebah manisnya. Aku hadiahkan jelingan tajam campur jelingan maut padanya, cover baik punya, kan Hayfa?

Excuse me, I’m too young to be someone’s wife,” jawabku pantas menangkis tekaan sahabat lelaki yang memiliki lesung pipit ini.

Kedua-duanya tertawa kecil mendengar jawapan balasku. Mungkin pelik dengan kenyataan yang aku luahkan. Entah apa perlunya ya aku beritahu mereka berkaitan status diri yang masih bujang? Aduhai, Hayfa! Dua kali malu hari ini, depan kedua-dua lelaki kacak ini pula tu.

“Maaf ya cik. Kami tengah berbual pasal kawan saya ni, memilih sangat bab jodoh. Cerewet. Agaknya tunggu bidadari turun dari langit,” balas lelaki disebelah kanan yang kelihatan segak.

Eh, sama-sama segak sebenarnya. Tapi, lelaki di sebelah kiri yang lebih menarik perhatianku. Mungkin disebabkan lesung pipit yang berada di kedua-dua belah pipi lelaki itu. Atau mungkin, I do fit perfectly in his arms

Okey, stop dreaming, Yasmeen Hayfa!

“Pilih isteri, bukan macam pilih ikan kat pasar. Atau pilih baju dekat mall. Sama macam pilih suami, betul tak cik adik?” Soal lelaki berlesung pipit.

Pantas sahaja aku mengangguk. Bersetuju dengan hujah lelaki berlesung pipit ini. Memang betul pun apa yang dia cakap.

“Sebab kita nak habiskan seumur hidup bersama pasangan kita…” Serentak aku dan lelaki berlesung pipit ini bersuara.

Alamak! Tersama lagi pula. Kami saling berpandangan. Aku kerutkan kening sedikit. Lelaki itu buat reaksi seolah-olah tidak percaya apa yang telah berlaku. Aku jungkitkan bahu, lelaki itu juga buat aksi yang sama.

I’ve to make a move. Bye.”

Aku angkat tangan dan terus berlalu meninggalkan mereka berdua. Jangan panggil dan jangan menoleh ya, Hayfa. Kalau mereka berdua tu panggil pun, buat-buat tak dengar sahaja. Lagi lama aku berdepan dengan lelaki yang menyambut tubuhku tadi, lagi keliru hati aku.

“Kalau ada jodoh, kita jumpa lagi!” kedengaran suara mamat berlesung pipit itu menjerit.

Namun, langkah tetap aku teruskan. Tak berani nak menoleh pada lelaki berlesung pipit yang ketawa galak mengusik. Aku sengih sendiri, ya, kalau ada jodoh pasti kami akan bersua kembali nanti.

“Hayfa, nak ke mana lagi tu? Lamanya pergi tandas?”suara lembut mama kedengaran menegurku.

Eh, dah sampai rupanya. Mengelamun sahajalah Hayfa ya? Sampai terlepas. Kalaulah mama tak panggil, entah ke mana aku pergi agaknya. Cepat-cepat aku berpusing semula ke arah mama.

6 comments:

  1. Replies
    1. thanks my dear.
      nanti boleh dapatkan di PBAKL 2015 ye ;)

      Delete
  2. Knpa pendek sngt..btw..best crita ni..sweet

    ReplyDelete
    Replies
    1. heehehhe... dah jadi buku dear :) so tak boleh nak tayang banyak-banyak sebab terikat dengan kontrak

      Delete