Wednesday 22 June 2016

< 1 > SEMPURNA

Pagi-pagi celik mata, mak dah tanya soalan cepu emas masa di meja makan. Haihhh, kacau mood betul! Elok-elok dia nak makan bertambah masa bersahur tadi, terus sahaja dia cepat-cepat habiskan makanan yang ada dalam pinggan.

"Mak ni bukan apa Ainan... kalau apa-apa jadi pada mak, siapa nak jaga Ainan nanti?" Mak dah buat drama air mata pagi-pagi.

Wajah Puan Asmah dipandang penuh kasih, "Mak ingat Ainan tak fikir semua tu ke?"

"Anak bertuah! Mak hidup lagi tau!"

"Habis tu, dah mak yang mulakan..."

"Mak cakap tak apa..."

"Double standard lah mak ni."

Puan Asmah jeling tajam, "Jangan nak alih topik. Cuba bagitahu mak... sampai bila kamu nak hidup sendiri ni, Ainan?"

"Selagi tak jumpa calon menantu untuk mak lah..."

"Ainan... mak serius ni."

"Mak, Ainan pun serius ni."

"Kamu terima ajelah lamaran Encik Taufiq tu..."

"Hesy, mak ni! Sengaja ke apa? Mak ajelah kahwin dengan Pak Auf tu."

"Kamu jangan menyesal pula... Mana tau, Pak Auf tu sebenarnya lelaki muda yang menyamar jadi orang tua."

Dia ternganga mendengar ayat yang keluar dari mulut Puan Asmah, "Ya Allah! Dramanya mak ni... Ainan naik dululah. Lama lagi layan telenovela mak ni, pening Ainan jadinya..."

Puan Asmah melepaskan dia separuh rela.Tapi, kalau dia tak bergerak sekarang, mahunya dari subuh bawa ke zohor cerita mengenai calon menantu Puan Asmah ni!



Melangkah masuk ke bilik di pejabat, dia renung surat yang berada di hadapannya. Haih... meeting lagi. Urgh, sebal! Kalau ikutkan hati, mahu sahaja dia renyukkan surat yang berada di tangannya saat ini. Minggu ini, dah 3 hari berturut-turut dia kena hadiri mesyuarat di luar. Pagi ni masuk je pejabat, kena pula mesyuarat untuk Program Amal Ramadan-Syawal anjuran syarikatnya.

Menyampah betul! Tapi, kalau dia tak pergi macam mana dia nak buat report? Bosnya itu cuma tahu, update me please... Eh, kejap! Mana Encik Farid pergi ya kalau semua mesyuarat dia yang kena hadir?

"Cik Ainan... Sekejap!"

Pintu yang baru ditarik, ditahannya seketika. Wajah Erna diperhatikannya. Ada riak serba salah terpamer pada wajah tersebut.

"Oh, since you are here... Encik Farid mana?" cepat dia potong cakap Erna. Nak juga tahu mana perginya Encik Farid ni kalau semua mesyuarat dia yang kena hadir.

"Errr... shhh, Encik Farid pergi umrah. Dia tak mahu kecoh-kecoh. Dia suruh cakap dia bercuti aje kalau ada yang tanya."

Bulat matanya mendengar jawapan yang paling tidak disangka dari mulut Erna. Bos Buaya dia dah insaf ke? Hesy... Astagfirullahal'azimmm... Bersangka baik, Ainan! Patut ucap syukur Alhamdulillah sebab akhirnya terbuka hati Encik Farid untuk berubah. Mudah-mudahan hidayah Allah terus bersama dengannya. Aminnn...

"Cik Ainan..." Erna melambaikan tangannya perlahanan. Cik Ainan ni boleh pula dia tergamam. Tahulah track record Encik Farid tu boleh tahan hebatnya. Tapi, janganlah sampai macam ni sekali bereaksi.

"Ha, yes... apa yang saya boleh bantu?"

"How to say this..." Erna menggumam, namun jelas kedengaran.

"Say what?"

"You ingat tak pasal discussion about re-branding our product last week yang ditunda pada satu tarikh dan masa kemudian..."

Dahi dikerutkan, "So?"

"Dia orang dah schedule it to today, over berbuka puasa with all brainstorming group members. Dekat Marriott Putrajaya."

"And you're telling me because..." Tenang Ainan, tenang... Rasanya dia tahu ke mana arah perbualan ini.

"Unfortunately, you've been chosen as one of the team members."

"What?!"