Sunday 22 March 2015

Teaser #3 - Awak, Jom Cinta Sampai Syurga


SKRIN telefon bimbit aku tatap dengan dahi yang berkerut. Siapa pula ni? Nombor 017 yang tidak dikenali. Perlu ke aku jawab panggilan yang nombor yang tak dikenali ni?

Hmmm, entah siapa-siapa pula nanti. Lantas, aku biarkan sahaja panggilan tersebut mati tanpa dijawab. Tak lama kemudian, telefon bimbit aku berbunyi lagi. Kali ini menandakan ada mesej yang baru tiba. Cepat sahaja aku menekan butang mesej. Rasanya seperti nombor yang sama yang menghubungiku tadi.

 +6017-92479723 
 Kenapa kau tak jawab panggilan aku?
Takut? Dasar perempuan perampas! 

Terkedu aku membaca bait-bait kata pada kiriman SMS tersebut. Dia tujukan pada siapa? Aku ke? Eh, aku rampas siapa dari dia? Kenal dia pun tidak. Iyalah kalau kenal, mesti aku simpan nombor dia. Ini tidak.

Hmm, kalau bukan aku, siapa lagi yang pengirim ini maksudkan sebab rasanya nombor telefon ni dah lama kut aku gunakan. Dah lebih empat tahun. Jadi, memang pengirim ini maksudkan aku, kan? Tapi, siapa pengirim ni?

 HAYFA: 
 Silap nombor ni 

Aku balas seringkasnya. Mungkin betullah dia salah orang. Anggap sahajalah begitu, lebih mudah. Namun, baru sahaja aku mahu meletakkan telefon bimbit di atas meja, bunyi mesej kembali menganggu. 

+6017-92479723 
Kau tahu tak yang Naqib tu aku punya? 
Sampai bila-bila pun, dia tetap jadi milik aku! 

Astagfirullahal’azim… Aku meraup wajah sendiri. Farah Liyana rupanya. Dia tukar nomborlah tu bila mesej-mesejnya melalui nombor yang selalu dia gunakan itu langsung tidak pernah aku layan.

Tak pernah terlintas sedikit pun di hati aku nak rampas Naqib tu daripada sesiapa. Lagipun, telah aku hadkan rasa hati ini agar tidak terus tersungkur dengan rasa yang menguasai. Naqib hanya abang, Naqib hanya senior… berulang kali aku ingatkan diri sendiri setiap kali kalau kami perlu bertemu atas urusan kelab atau apa sahaja. Rasanya hati aku pun dah hafal skrip yang telah terlekat pada fikiranku apabila berhadapan dengan dengan lelaki itu.

+6017-92479723
Bukan main seronok naik kereta berdua dengan Naqib, kan?
Jangan sampai aku terserempak, naya kau aku kerjakan! 

Allahuakbar! Perlu ke sampai begini? Bukan aku yang beriya nak menumpang. Naqib yang paksa aku masuk kereta, siap cengkam lengan aku sampai lebam. Bekasnya ini masih kelihatan lagi. Tiga hari tak memungkinkan kesannya hilang begitu sahaja.

 ✄ ----- ✄ ----- ✄ ----- ✄ ----- ✄

“Meen, Meen dengar tak apa abang cakap ni?”

“Hmm… sorry. Abang cakap apa ya, tadi?”

“Mengelamun ya?”

Aku menggeleng dihujung talian, caught red handed. Tapi, takkanlah aku nak mengaku pula, kan? Nanti tak fasal aje Naqib naik berang. Bercakap dengan dia, tapi fikiran kat orang lain. Dahlah mamat ni control freak.

“Abang… Meen mengantuk sangat ni,” tanpa sedar aku dah mula menggunakan ton suara mengada-ngada.

Selalunya macam inilah bila aku mengantuk. Tak boleh dah nak kawal perbuatan dan kata-kata sendiri. Semua yang jadi, semuanya diluar kawalan dan sedar aku sekarang ini. Hai, memang bahaya macam ni Hayfa

“Ya Allah, geramnya abang dengar suara Meen macam ni.”

Errr, Naqib ni dah kenapa ya? Dahlah aku memang mengantuk sangat-sangat ni! Rasa macam terawang-awang aje. Itulah rajin sangat melayan Rain sambil menaip siapkan assignment. Tapi, nasib baiklah ada Rain yang sudi membantu aku carikan maklumat. Maka, dapat jugalah aku siapkan satu assignment yang perlu dihantar pada hari Rabu nanti.

“Abang, kita cakap lain kali ya?”

“Meen…”

“Abang, please… I just need my…”

“Abang sayangkan Meen.”

Sleep,” aku melepaskan keluhan berat.

No comments:

Post a Comment