Friday 27 March 2015

Teaser #5: Awak, Jom Cinta Sampai Syurga!

Sebaik selesai mengeluarkan duit, aku berjalan sambil cuba memasukkan kad dan duit ke dalam dompet tanpa memberi tumpuan pada suasana di hadapanku. Ketat pula kad ni nak masuk. Tadi masa nak keluarkan, okay aje. Dalam kalut cuba memasukkan kad ATM kembali ke dalam dompetku, tiba-tiba terasa seperti ada suara menjerit dan kemudiannya tau-tau sahaja tubuhku sudah melayang.

“Dani! Don’t run.”

Aku dengar suara gemersik memarahi anak kecil yang menyebabkan tubuhku melayang hingga hampir terjatuh. Salah sendiri juga sebab ralit dengan dompet, kad ATM dan duit. Langsung tak toleh kiri dan kanan dan alert dengan keadaan keliling. Nasib baiklah aku sempat berpaut pada tiang di sisiku ini. Kalau tidak, confirm lantai kat Alamanda ni curi first kiss aku!

“Alamak! Maaf ya dik, akak kena kejar anak akak tadi. Nanti jauh pula dia lari. Maaf sangat-sangat!” Ujar wanita itu sambil memegang bahuku dengan riak wajah bersalah teramat sangat.

“Tak apa kak. Saya okey aje ni. Pergilah kejar anak akak tu.”

Aku balas dengan senyuman. Iyalah, budak-budak macam itulah. Lagipun aku kesian tengok dia yang kelam-kabut dengan barang di tangan dan anak yang lari entah ke mana. Bukan kecil Alamanda ni tau! Dengan orang ramai pula tu sekarang ni. Kesian pula aku tengok akak tu.

“Ok, terima kasih. Akak pergi dulu. Maaf sekali lagi ya, dik. Nasib baik encik sempat sambut dia.”

Errr… apa akak tu cakap tadi? Nasib baik encik sempat sambut dia? Encik? Sambut? Bukan aku paut pada tiang ke tadi? Cepat-cepat aku lepaskan pegangan tanganku setelah merasakan diriku stabil. 

“Ehem…”

Tubuhku tegak serta-merta. Meremang bulu roma di lengan dan tengkukku. Encik maksudnya lelakilah, kan? Ada perempuan yang bergelar encik ke, Yasmeen Hayfa? Eh, manalah tahu kan kut dah tukar ke? Melalutlah Hayfa!

“Asalammualaikum.”

Dia cuit bahu aku. Aku diam tak bergerak-gerak mendengar suara garau yang memberi salam. Alamak, nak cakap apa ya? Hai, terima kasih? Ke nak cakap nama? Hai, saya Yasmeen. Terima kasih sebab tolong saya. Macam tu ke? Eh, tapi apa fasal pula nak kena bagitau nama?

Tiba-tiba aku jadi blur dengan tindakan seterusnya. Padahal mamat tu bagi salam aje kut yang sampai nak jadi patung ni apa fasal? Jawab ajelah salam yang dia bagi, senang.

“Tak jawab berdosa.”

“Dah jawab dalam hati,” balasku.

“Nama siapa?”

“Haah…”

“Saya…”

“Luq!”

Aku dengar suara garau lelaki memanggil nama Luq dan kemudian terdengar lelaki di sebelahku ini menyahut. Oooo, Luq nama dia. Eh, ke Luke? Alamak, mana satu ye?

“Meen!”

Giliran aku angkat muka. Illi sedang berjalan ke arahku dengan membimbit beg plastik dari MPH dan yang pastinya ianya mesti berisi dengan novel-novel terkini yan ada di pasaran. Bolehlah aku tumpang sekaki membaca koleksi novel-novel yang Illi beli ni.

“Kenapa?”

Illi pandang aku dengan kening berkerut. Pelik agaknya bila aku tiba-tiba kaku. Macam mana tak kaku bila mamat kat belakang aku ni tak gerak-gerak dari tadi. Boleh dengar kut diorang berbual dalam bahasa Inggeris. Okay, definitely Luke!

“Tak ada apa. Jom.”

“Mana?”

“Makan. Lapar.”

Cepat-cepat aku tarik tangan Illi untuk mengikut jejak langkahku. Tak boleh jadi, kena pergi sekarang juga. Lagi lama aku berdiri kat situ nanti lagi panjang pula cerita. Biarkan sahaja lelaki itu dengan temannya yang memanggil dia dengan panggilan Luq tadi.

Kalau Luke, hmm… nama macam mat saleh, cakap dengan kawan dia bahasa Inggeris. Tapi, elok aje dia menggunakan bahasa Melayunya dengan fasih bila cakap dengan aku tadi. Aku garu kepala. Hmm, agaknya Luq lah kut. Eh, orangnya pula macam mana ya rupanya?

Apabila jarak kami sudah sedikit jauh, aku toleh semula pada dia yang masih berdiri di tempat tadi. Pandangan mata kami bertemu, masing-masing terpaku. Wajah lelaki itu seperti pernah aku lihat, tapi kat mana ya? Seketika kemudian, lelaki itu tersenyum dengan lesung pipit di kedua-dua belah pipinya jelas kelihatan.

Aku petik jari dengan tiba-tiba. Yes! Mamat yang tolong aku lintas jalan beberapa bulan yang lalu dan mamat tu juga yang sambut aku dekat The Mines tempoh hari. Mamat yang cakap aku ini perfectly fit in his arms!

2 comments:

  1. Again? U still fit in his arms..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi sis!
      Thank you for your comments ;)

      Yup. Again!
      Over & over again…

      Delete